Coli Sudah Ada Sejak 600 Tahun Dahulu | Pada mulanya pakar fesyen menyangkakan zaman penggunaan coli bermula sejak 100 tahun dulu selepas wanita meminggirkan korset ketat. Namun semua sejarah dan fakta berkenaan nampaknya terpaksa diubah apabila arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan.

Selepas itu, kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu. Kenyataan Universiti Innsbruck pula berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Ini membuktikan, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula. Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz.

Coli Zaman Pertengahan

Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 serpihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit. Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita.

p/s : coli pun jadi kes…. mmm.. tak apa.. pengetahuan juga tu.. jangan marah yer…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.