FAM akhirnya sahkan punca sebenar Apek disekat ke luar negara! Sebagaimana yang kita maklum, penjaga gol Kelantan dan juga kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaysia ketika perlawanan bertemu Papua New Guinea di Port Moresby, Jumaat lalu.

Namun begitu, ketiadaan Khairul Fahmi atau mesra dengan panggilan Apek bukanlah punca kekalahan skuad Harimau Malaysia yang dimalukan pasukan tuan rumah yang berada di ranking 193 dunia berbanding Malaysia, 173, dengan keputusan 2-0.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya masalah yang menimpa Apek? Kalau sebelum ini pelbagai andaian dilontarkan dan ada yang cuba menyebarkan cerita palsu.

Apapun, hari ini menerusi sumber BH Online, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan punca sebenar Apek disekat ke luar negara. Ia kerana dikenakan sekatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam satu kenyataan berkata, Apek ditahan di pintu keluar antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang pada 11 Jun 2016.

“Rentetan itu, Khairul Fahmi terpaksa ditinggalkan di tanah air untuk menyelesaikan urusan tunggakan cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang menyebabkan beliau dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara itu.

“Khairul Fahmi menyatakan beliau akan menyelesaikan masalah itu bagi membolehkannya menyertai pasukan pada baki perlawanan dalam siri Jelajah Oceania 2016,” katanya. – Ammboi.Com

– – – – – UPDATE TERKINI – – – – –

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menganggap isu cukai pendapatan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, selesai sambil menyalahkannya kepada kesilapan dua pihak membabitkan pemain itu dan KAFA.

Khairul kembali ke pangkuan skuad negara selepas dia terlepas kem latihan empat hari di Brisbane, Australia dan aksi persahabatan pertama dengan Papua New Guinea, Jumaat lalu..

Bekas penjaga gol utama negara itu bakal berlepas ke Sydney, Australia menjelang tengah malam ini sebelum meneruskan penerbangan kedua ke New Caledonia bersama Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor, turut mengesahkan isu itu bersangkut-paut dengan kegagalan pembayaran cukai pendapatan Khairul Fahmi pada 2014. Jelasnya, ia cuma masalah teknikal yang melibatkan kegagalan pembayaran cukai pendapatan tetapi isu ini sudah selesai.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir, menganggap perkara ini akan mematangkan Khairul sendiri agar lebih berhati-hati di masa akan datang selain menegaskan semua pemain perlu ambil tahu potongan cukai pendapatan tahunan mereka.

“Masa akan datang, dia tidak akan mengharapkan orang lain mengurus dirinya. Sudah tentu imej dia sedikit tercalar disebabkan persatuan tidak membayar cukai yang sepatutnya perlu dijelaskan,” ujarnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.