FAM Akur Permintaan KAFA – Trofi Liga Super 2012 Diserahkan Di Kota Bharu | Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya akur dengan permintaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menyerahkan trofi Liga Super pada aksi terakhir Kelantan bertemu Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok. Ini sememangnya berita yang amat menggembirakan buat seluruh penyokong serta seluruh warga bola sepak Kelantan sendiri.

Keputusan itu dicapai selepas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM mengadakan mesyuarat khas di Kuantan, semalam. Pengerusi JKPT FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata langkah proaktif itu diambil selepas menimbang rayuan dibuat Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dua hari lalu. Majlis penyampaian trofi di Kota Bharu itu akan dilakukan Naib Presiden FAM yang juga Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah kerana hampir kesemua petugas FAM lain dikatakan sibuk dengan Final Bola Sepak Sukma 2012.

Mesyuarat semalam turut memutuskan penyerahan trofi Liga Perdana diserahkan kepada pasukan Tentera pada aksi terakhir menentang Pos Malaysia di Stadium Selayang, malam ini. Sementara itu, Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail yang mengucapkan terima kasih kepada FAM berkata penyerahan hadiah wang bernilai RM750,000 akan dibuat di Wisma FAM pada 20 Julai 2012 ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.