Kemelut isu dalaman FAM nampaknya masih belum reda. FAM yang dihentam teruk kerana kegagalan badan induk bolasepak negara itu mengekalkan momentum kebangkitan Harimau Malaya sejak memenangi Piala AFF Suzuki Cup yang lepas.

Kini FAM bagaikan sudah diketuk baru nak bergerak menyatakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang merangka beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf ‘A’ dalam usaha membaiki ranking skuad bola sepak kebangsaan yang kembali merosot.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata Khamis, antara perlawanan itu ialah menentang Thailand pada 28 April 2012 dan India atau Australia pada 29 Mei 2012 ini di padang sendiri dan tempat lawan. Selain itu, katanya badan induk bola sepak itu turut merancang untuk mengadakan perlawanan serupa menentang New Zealand pada 7 dan 11 September 2012, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Oktober 2012 dan Qatar tiga hari kemudian.

FAM dikhabarkan bahawa Thailand dan Australia mungkin tidak dapat bermain menentang pasukan Harimau Malaya disebabkan kesibukan mereka mengendalikan liga domestik masing-masing. Namun pihaknya masih lagi menunggu pengesahan dari persatuan bola sepak negara lain.

p/s : dah tau mereka tak nak lawan tapi tunggu jugak.. last-last lawan pasukan negeri la nampak gayanya…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.