Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berhubung kritikan beliau terhadap skuad kebangsaan, baru-baru ini. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, surat tersebut telah dihantar petang kelmarin.

Dalam surat tersebut menuntut beliau (Annuar) memberi maklum balas terhadap kritikannya terhadap skuad kebangsaan sebelum 23 Mac ini. Selepas itu Jawatankuasa Disiplin akan menilai maklum balas tersebut dan beliau akan dipanggil pada 29 Mac 2012 ini. Annuar baru-baru ini didakwa telah menyatakan keraguan terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan.

p/s : sokong TSAM namun cara yang digunakan agak ‘kasar’ dengan sikap FAM yang diketahui sejak dahulu lagi pantang terima teguran….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.