Farid Kamil dan Diana Danielle Akan Bulan Madu Di Istanbul | Diana Danielle dan Farid Kamil sudah selamat dinikahkan semalam oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak, Daim Jajuli berwalikan hakim disebabkan Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson tidak dapat mengesan bapa kandungnya. Majlis akad nikah Farid Kamil, 31, dan Diana, 21, berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake di sini pada pukul 9.10 pagi.

Menurut laporan media, Diana Danielle dan Farid Kamil memilih destinasi bulan madu mereka di Istanbul, Turki pada bulan depan. Walaupun pada mulanya mereka merancang untuk mengerjakan umrah tetapi ia terpaksa ditunda gara-gara kesukaran mendapatkan visa ke Tanah Suci pada bulan Disember.

“Sebab itu, kami akan pergi bulan madu ke Istanbul dulu dan selepas itu mungkin terus ke Mekah,” ujar Diana ketika ditemui selepas majlis akad nikah semalam.

Tahniah pada Diana Danielle dan Farid Kamil dan selamat berbulan madu yer.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.