Nampaknya seperti hubungan antara Farid Kamil dan ibu mertuanya masih ada masalah. Ini kerana Farid Kamil tidak membenarkan ibu Diana Danielle itu berjumpa dengan cucunya selagi tidak berjumpa dengannya. Kata Farid Kamil, ada berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle.

Norsiah bersama Farid dan Diana pada majlis pernikahan pasangan itu pada tahun lalu

“Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu. Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka. Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati,” kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli dipetik dari mStar Online.

Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.

farid kamil dan diana danielle di australia

“Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin,” ujarnya.

p/s: Ibu mertua pun macam ibu sendiri juga. Mungkin ada yang tak kena dimatanya. Banyakkan bersabar Farid Kamil. Harap kekeruhan itu dapat diselesaikan dengan sebaiknya…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.