Farid Kamil Mungkin Berdepan Hukuman Penjara 2 Tahun? | Alamak, betul ke berita ini? Baru sahaja kahwin, pasangan pengantin baru Farid Kamil dan Diana Danielle sudah berdepan dengan pelbagai kontroversi. Sebelum ini isu Diana Danielle yang sudah sah mengandung selepas beberapa minggu bernikah, kini suaminya pula. Farid Kamil dan Diana Danielle mungkin akan berdepan tindakan undang-undang.

Menurut satu laporan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar, ada pihak yang mahu mengheret Farid Kamil ke mahkamah atas kesalahan memakai pakaian tentera. Pakaian berkenaan dipakai oleh mereka semasa majlis resepsi yang diadakan baru-baru ini.

Menurut sumber berkenaan lagi, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Pihak berkenaan boleh heret Farid Kamil atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.

Sumber berkenaan juga menyebut mengenai pakaian yang dipakai oleh Farid Kamil. iaitu Farid Kamil yang memakai berpangkat Mejar Jeneral dan ada dua paku satu mahkota, ada juga pin payung terjun yang tersisip di dada. Sebenarnya bukan calang-calang orang boleh pakai baju tu katanya.

p/s : macam mana kes ni boleh terlepas pandang. kalau betul salah kenapa tak ada sesiapa beritahu Farid Kamil sebelum ini? kesian pulak…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.