Farid Kamil sedia berdamai dengan ibu mertua? – Alhamdulillah, nampaknya doa peminat dan ahli keluarga mereka dimakbulkan tuhan. Sudah tentu ini berita gembira buat keluarga Farid Kamil dan Diana Danielle. Menerusi laporan media hari ini ada laporan mengatakan pelakon dan pengarah Farid Kamil sudah bersedia untuk berbaik semula dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli.

farid kamil vs mertua norsiah ramli

Pengakuan itu dinyatakan sendiri oleh Farid Kamil menerusi laporan Malaysia Digests. Katanya, dia akan menjemput ibu mertuanya hadir pada majlis Aqiqah anak sulungnya Mohammad Farid Kamil, yang akan diadakan tidak lama lagi. Dalam majlis yang sama, akan turut diadakan majlis khatam Quran untuk isterinya, Diana Danielle. OLeh itu, Farid mahu mengambil peluang untuk turut memulihkan semula hubungan antara ibu mertuanya dengan issterinya, Diana Danielle.

“Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula. Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami”, katanya yang bagaimanapun masih merahsiakan tarikh majlis istimewa itu daripada pihak media.

Sebelum ini laporan media ada menyebut mengenai desas desus hubungan Farid dan Norsiah sebenarnya sudah dingin sejak Farid berkahwin dengan Diana. Keadaan bertambah keruh apabila Farid sebelum ini juga pernah meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter mengenai krisis tersebut.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan majlis pernikahan mereka berlangsung di Hotel Flamingo, By The Lake Ampang. Selepas bernikah Diana yang ketika itu telah disahkan hamil, berangkat ke Australia bagi pelajarannya dalam jurusan produksi siaran langsung di National Institute of Dramatic Art (NIDA). Kemudian pada 2 Julai lalu, Diana selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Sydney, Australia.

p/s: Baguslah tu. Ibu mertua ibarat ibu sendiri juga dan yang pasti itu adalah ibu isterinya… Semoga segalanya berjalan lancar.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.