Tiba-tiba nama pelakon Dazrin Kamaruddin menjadi panas di media dan portal hiburan. Ia gara-gara tersebarnya cerita mengenai masalah disiplin Dazrin di lokasi penggambaran.

Baru-baru ini kecoh dikatakan bahawa Dazrin sering lewat ke lokasi penggambaran drama Miranda sehingga menjejaskan kelancaran dan menyusahkan produksi. Cerita berkenaan kini diperkukuhkan pula dengan kenyataan dari pelakon popular, Fasha Sanda yang membuat pengakuan mengenai sikap tidak berdisplin Dazrin.

Menerusi laporan Harian Metro, Fasha Sandha melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap Dazrin Kamaruddin.

dazrin dan fasha sandha

“Dia seorang pelakon berbakat, makin menyerlah dan menghormati pelakon senior, tapi sayangnya dia tidak berdisplin. Kalau boleh saya memang tak nak besar-besarkan hal ini tapi memandangkan perkara ini sudah jadi kecoh di media, saya harus akui kesahihan cerita yang timbul. Saya terbaca di Harian Metro dan media lain mengenai kes ini dan saya akui dia bukan lewat lima atau 10 minit seperti dikatakan, tetapi satu hingga dua jam.” – Fasha Sandha

Kalau Fasha sendiri yang sudah mengakuinya memang benarlah cerita mengenai masalah Dazrin ni. Diharapkan Dazrin jangan ambil hati dan terima dengan terbuka kritikan yang ditujukan kepadanya. Bak kata Fasha, Dazrin seorang pelakon berbakat. Kalau ditambah dengan sikap yang berdisiplin sudah tentu Dazrin mampu pergi lebih jauh. Insya Allah…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.