Fasha Sandha Kini Menghitung Hari Tunggu Kelahiran Cahaya Mata Pertama | Menunggu kelahiran cahaya mata, siapa tak teruja kan. Lainlah pada mereka yang kejam gila buang anak tu. Begitu juga dengan pelakon jelita, Fasha Sandha. Dia tidak sabar untuk melihat wajah bayi sulungnya, hasil perkongsian hidup bersama suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Bukan sahaja Fasha, peminatnya juga rasanya alami perasaan yang sama.

fasha sandha hamil 9 bulan

Jelas Fasha Sandha sebelum dalam laporan media, dia mungkin bersalin pada akhir Februari atau pada awal Mac. Namun sehingga ke pertengahan Mac masih tiada tanda – tanda dia akan bersalin. Kelmarin dalam laporan BH Online pula, Fasha Sandha menjangkakan dia akan melahirkan bayi sulung pada hujung bulan ini atau pada awal bulan depan.

fasha sandha hamil 9 bulanMengenai jantina bayinya itu, Fasha enggan mendedahkan dulu sambil berkata, dia menerima apa juga yang dikurniakan kepadanya. Lelaki atau perempuan, paling penting baginya ialah keselamatan bayi terbabit.

“Insya-Allah, menurut jangkaan, saya akan bersalin hujung bulan ini atau awal bulan depan. Sejak hamil, saya rasa sangat istimewa kerana diberi layanan yang lebih. Malah, saya rasa teruja dan seronok apabila mengandung kerana kita berasa diri sangat dihargai. Tempoh berpantang pula 100 hari kerana saya nak ambil masa untuk turunkan berat badan ke asal, katanya akan akan berpantang di rumah sendiri selain rumah mentua.

Biar ada yang menganggap banyak pantang larang ketika mengandung, tetapi Fasha menganggapnya sebagai pendapat orang lama. Dia hanya mengikuti beberapa petua serta pantang larang yang dirasakan sesuai.  Walaupun ada yang cakap bila mengandung susah nak buat kerja rumah, tetapi saya rasa sama saja seperti sebelum hamil.

“Saya juga masih memasak dan ke pasar dalam keadaan macam ini sebab suami gemar makan di rumah. Malah, kalau kita tengok orang putih, dalam keadaan mengandung pun mereka masih keluar berjoging, katanya yang cukup seronok apabila bayi dalam perut menendang.

Biarpun kelihatan penat dan ada ketikanya tercungap-cungap ketika berbual, Fasha tidak mahu menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk goyang kaki di rumah. Malah katanya, dia masih mampu memandu seorang diri kerana enggan menyusahkan orang lain.

p/s: Tak apalah Fasha, bila-bila pun tak apa. Asalkan Fasha dan bayi selamat dilahirkan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.