Fathia Latif Akui Dilamar Kerabat Diraja? | Ada cerita sensasi mengatakan pelakon cantik, Fathia Latif, 26 dilamar kerabat diraja. Kononnya Fathia dan lelaki berkenaan sebelum ini memang disahkan ada hubungan rapat dan mereka telah digosipkan bakal bernikah tidak lama lagi.

Namun dalam satu kenyataan kepada portal mStar Online, Fathia mengaku dia telah dirisik seorang kerabat diraja tetapi dia terpaksa menolak hasrat lelaki itu kerana tidak mahu terikat dengan golongan istana. Menurut Fathia lagi, dia dan kerabat itu sebenarnya berkawan baik tetapi tidak pula menyangka pemuda tersebut berhasrat untuk menjadikannya sebagai calon isteri.

SONY DSC

“Memang saya akui lelaki daripada kalangan kerabat itu telah menyunting saya tetapi saya menolak lamaran tersebut dengan baik. Sebenarnya kami berkawan sebelum ini, tak sangka pula dia ingin melamar saya. Lamaran itu hanya dibuat kepada saya tanpa berjumpa dengan keluarga,” katanya kepada mStar online.

Tambah Fathia, dia yang masih solo itu enggan mencari jodoh daripada golongan yang mempunyai pengaruh kuat tetapi cukuplah sekadar lelaki biasa yang berpelajaran dan mampu menjaganya dengan baik.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.