Fauzi Nawawi Nafi Pernah Mengurat Rita Rudaini? | Isu pergaduhan antara pelakon Rita Rudaini dan Lisdawati sudah selesai dan mereka dikatakan sudah berdamai. Namun disebalik pendamaian itu, Rita Rudaini ada meletakkan syarat kepada Lisdawati. Iaitu tidak membenarkan suami Lisdawati, Fauzi Nawawi berada dilokasi pengambara ketika babak membabitkan Rita.

Syarat itu telah menimbulkan pelbagai tanda-tanya kepada peminat dan pihak media. Kenapa Rita Rudaini memberikan syarat sedemikian? Adakah ada ‘sesuatu’ antara Rita Rudaini dan Fauzi Nawawi yang tidak diketahui oleh umum? Ini kerana isu pergaduhan antara Lisdawati dengan Rita Rudaini tujuh tahun lalu juga dipercayai berpunca apabila Lisda dikatakan cemburu dengan hubungan baik Fauzi dan aktres itu.

fauzi nawawi dan rita rudaini

Sementara itu ditanya oleh wartawan mStar Online, benarkan Fauzi pernah mengurat Rita Rudaini seperti dakwaan tersebut sehingga membuatkan Rita enggan dia berada bersama di mana-mana set penggambaran drama, kata Fauzi, tuduhan itu tidak benar sama sekali.

“Saya tak pernah kacau, bercinta mahupun menjalinkan hubungan cinta tiga segi dengan Rita semasa dia belum kahwin dulu. Selepas insiden pergaduhan mereka (Rita dan Lisdawati), saya berkahwin dengan Lisda dan kami bahagia sehingga sekarang dan bagaimana pula dengan rumah tangga Rita?” soalnya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.