Tidak dinafikan, ramai peminat mereka berharap mereka benar-benar bercinta. Ini kerana, seolah-olah ada keserasian antara Fazura dan Shaheizy Sam. Namun begitu, masih menjadi tanda tanya siapakah sebenarnya yang bertakhta di hati mereka. Kerana kurang sekali gosip berkenaan cinta dimainkan media berkenaan mereka.

Oleh itu ketika ditembak dengan soalan bercinta dengan Shaheizy Sam, Fazura mudah menepis gosip itu dan menegaskan hubungannya dengan Sam sekadar sahabat karib, tidak lebih daripada itu.

Fazura-Shaheizy-Sam

Selain itu, ketika berbicara mengenai calon suami, Fazura selesa memilih jejaka bujang sebagai khalifahnya bagi mengelakkan ada hati yang terluka. Bukan mendahului takdir, tapi katanya, sebagai insan yang tidak mampu berbagi kasih, wajar dielak supaya tidak menderita kemudian hari. Membicarakan perihal itu, Fazura rasional menegaskan, dia cuba mengelak, namun andai tertulis takdirnya hidup bermadu, tiada apa yang mampu dikatakan selain reda kerana sesung­guhnya jodoh itu rahsia Yang Maha Berkuasa.

“Bermadu? Saya tidak rela. Biarlah bakal suami saya bujang tetapi jika keadaan memaksa, itu di luar kemampuan saya. Setiap yang berlaku pasti ada sebab­nya dan Allah SWT tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya,” kata Fazura dipetik dari myMetro.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.