Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan fenomena ikan melompat naik ke darat di Lahad Datu, Sabah. Ia satu kejadian pelik dan menimbulkan pelbagai andaian apatah lagi bila dikaitkan dengan petanda tsunami bakal melanda. Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Sebenarnya pelbagai lagi kejadian pelik berlaku di serata dunia. Antaranya fenomena laut terbelah dua di Pulau Jindo, Korea Selatan.

FENOMENA LAUT TERBELAH DUA DI KOREA SELATAN

fenomena laut terbelah dua di korea selatan

Fenomena berkenaan kelihatan sama seperti kisah lautan yang terbelah pada zaman Nabi Musa sewaktu beliau dan pengikutnya lari dari kekejaman firaun di Mesir. Namun bagi warga tempatan pula, ia mempunyai kisah tersendiri. Mereka mengaitkan kejadian ini dengan sebuah kampung di Pulau Jindo yang diserang harimau dan menyebabkan penduduk lari ke pulau terdekat, Modo, untuk perlindungan. Namun, seorang wanita tua, Pong yang tidak mampu meninggalkan kampungnya di Pulau Jindo meminta bantuan Dewa Laut yang kemudian memisahkan laut untuk wanita tua itu lari dari bahaya haiwan liar di kampungnya itu.

jindo island

Walaupun dengan pelbagai fahaman dan persamaan dengan sejarah agama Abrahamik, kejadian ini sebenarnya boleh dijelaskan dengan kaedah saintifik. Kejadian yang berlaku beberapa kali dalam setahun adalah disebabkan pertebungan arus secara serentak yang menyebabkan air surut sebanyak tujuh meter lalu menyebabkan lautan terbelah dan menjadikan laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 60 meter.

Jindo's - "Mysterious Sea Route" - also called "Moses Miracle in Korea"

Kewujudan fenomena aneh ini diketahui ramai hanya selepas ianya ditulis dalam akhbar Perancis oleh duta negara itu, Pierre Randi sewaktu lawatannya ke Korea Selatan pada tahun 1975. Semenjak itu, fenomena ini menjadi tarikan pelancong di Pulau Jindo dan disambut setiap tahun antara bulan Mac dan Jun. Ia berjaya menarik seramai setengah juta orang di pesta itu dan dikenali sebagai “Jindo Yeongdeung Festival” atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

fenomena laut terbelah dua di pulau jindo korea selatan

Di pesta berkenaan, para pelancong dan penduduk setempat memakai kasut but getah berwarna kuning dan berpusu-pusu untuk mengumpulkan hasil lautan lain seperti tiram, ketam dan rumpai laut yang boleh didapati ketika lautan surut. Hasil lautan itu kemudiannya boleh dimasak oleh peniaga kecil di sana atas permintaan pelanggan. Terdapat tarikan lain juga sewaktu pesta ini seperti pertunjukan bunga api, lampu laser serta persembahan muzik tradisional. Bagi sesetengah penduduk tempatan, kejadian ini tetap menjadi peristiwa mistik dan ramai yang berdoa dan bersembahyang di sana agar keinginan mereka serta keluarga mereka dimakbulkan. – themalaysianinsider


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.