Fida Akui Masih Berkawan Dengan Mamat Sepah | Sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelawak Mamat Sepah pada tahun lalu, tetapi kini kisah cinta mereka sudah berakhir dan tinggal menjadi sejarah buat mereka berdua. Bercakap kepada Kosmo hari ini, Fida Ibrahim, 26, berkata walaupun tidak lagi menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan pelawak berkenaan, Fida menyatakan hubungan mereka sekarang tidak lebih daripada seorang kawan.

“Rasanya tidak salah kalau kami terus berkawan seperti biasa, meskipun dia sekarang merupakan bekas kekasih saya. Lagipun tidak guna kalau kami terus bergaduh dan bermusuh. Sekarang ini kami lebih selesa dalam hubungan sebagai kawan dan apa yang berlaku antara saya dan Mamat dahulu biarlah menjadi pengalaman dan pengajaran yang berguna,” kata pelakon drama Runtun Qalbu ini.

Mengenai status dirinya sekarang setelah menafikan pernah mendirikan rumah tangga, pelakon berkenaan menyatakan dia sekarang masih lagi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

“Biarlah saya beri lebih tumpuan kepada kerjaya sekarang memandangkan rezeki dalam bidang seni semakin banyak. Lagipun, jadual harian saya bertambah padat kerana kini saya sudah mula berjinak-jinak dengan nyanyian dan baru sahaja menghasilkan single terbaharu,” ujar Fida yang juga baru selesai penggambaran klip video single terbaharunya, Apo Kono Eh Jang.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.