Kemenangan 10 – 0 Bahrain ke atas Indonesia pada kelayakan Piala Dunia Rabu lepas akan disiasat oleh FIFA kerana terdapat unsur-unsur meragukan. Pegawai FIFA menjelaskan ia disebabkan keputusan perlawanan luar biasa yang berkaitan dengan keputusan yang diharapkan dan juga menurut sejarah, Pegawai FIFA akan mengadakan siasatan ke atas perlawanan ini dan keputusannya.

Bahrain memerlukan kemenangan sembilan gol dalam Kumpulan E Asia bersama dengan kekalahan Qatar ke atas Iran, untuk layak ke pusingan seterusnya. Qatar layak ke pusingan seterusnya, namun, gol uang dijaringkan oleh Qatar pada minit ke-86 dan memberikan keputusan 2-2 telah menyebabkan Bahrain gagal untuk mara. VIDEO GOL BAHRAIN VS INDONESIA 10-0 29 FEBRUARY 2012 DIBAWAH.

Indonesia yang telah tersingkir menurunkan pasukan yang lebih lemah kerana kebanyakan dari pemain utama mereka telah digantung oleh persatuan bola sepak mereka kerana beraksi di dalam Liga Super Indonesia. Bahrain mendapat dua penalti dalam perlawanan itu dan pengadil telah melayangkan kad merah kepada penjaga gol Indonesia hanya selepas dua minit perlawanan dimulakan.

VIDEO GOL BAHRAIN VS INDONESIA 10-0 29 FEBRUARY 2012

Mengikut rekod FIFA, kedua-dua pasukan itu telah bertemu sebanyak enam kali sebelum ini dengand dua kemenangan dan dua seri. Bahrain sebelum ini tidak pernah menang lebih dari dua gol. Bola sepak Indonesia baru-baru ini telah mengalami masalah dan negara itu hampir dikenakan tindakan tahun lepas. – ESPNSTAR


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.