Khabarnya ramai yang memuji filem terbaru terbitan MIG Pictures, Highland Tower. Kata mereka, filem ini memang antara filem seram terbaik yang diterbitkan oleh penerbit Malaysia. Seramnya sampaikan ada yang histeria semasa menonton filem Highland Tower. Wah, sampai macam tu sekali. Kira hebat lah tu…

Highland Tower Poster

Jadi tak hairanlah kalau Highland Tower sudah berjaya mencatatkan kutipan RM2.1 juta walaupun baru seminggu ditayangkan. Tambah mengejutkan, penerbit MIG Pictures, David Teo sendiri tidak sangka dengan catatan kutipan tersebut dan katanya filem itu hanya dibuka di 49 pawagam dengan purata lima tayangan sehari sedangkan perlu bersaing dengan filem blockbuster seperti Thor: The Dark World yang mempunyai 30 tayangan sehari

gambar filem Highland Tower

“Kalau ikutkan jumlah kutipan, ia sepatutnya lebih daripada itu. Di Brunei, pempamer terpaksa memulangkan tiket untuk dua tayangan kerana penonton histeria. Setakat ini kami menerima hampir 10 laporan mengatakan ada penonton meracau ketika menonton Highland Tower. Apa pun kejadian ini bukan halangan untuk penonton,” kata David Teo dipetik BH Online.

Anda boleh menonton trailer filem Highland Tower disini – – KLIK

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.