Wah, bagaikan satu fenomena baru untuk industri perfileman tempatan. Bagaimana filem cereka seperti The Journey boleh mencatatkan kutipan yang begitu memberangsangkan? Adakah kerana ia sebuah filem Cina dan mendapat sokongan dari bangsa Cina? Oh, tidak. Kerana ramai antara penggemar filem Melayu juga menonton filem ini.

Kutipan Paling Tinggi Dalam Sejarah | Menerusi laporan media semalam, The Journey filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw dan diterbitkan oleh Woohoo Pictures diumumkan sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah perfileman negara apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak RM12.92 juta (setakat 23 Februari 2014). Setelah 25 hari berada di pawagam seluruh Malaysia sejak ia ditayangkan pada 30 Januari lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, melanggar trend tradisi filem-filem yang ditayangkan sebelum ini. Filem tersebut mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster yang sebelum ini meraih kutipan RM11.74 juta sewaktu ditayangkan pada tahun 2011 dan Ombak Rindu (RM10.9 juta) yang juga ditayangkan pada 2011.

Sinopsis dan Jalan Cerita | The Journey mengisahkan Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat berasa kecewa apabila anak tunggalnya, Bee ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, Benji selepas sedekad menuntut di United Kingdom. Begitupun, kerana kasih seorang bapa, Chuan bersetuju tetapi dengan syarat. Mereka harus berkompromi dengan keinginannya untuk mengadakan majlis mengikut tradisi. Malah cara mengundang tetamu juga konvensional dan konservatif iaitu mereka sendiri harus menyerahkan kad jemputan tidak kira di mana lokasinya. Lalu bermulalah perjalanan Chuan dan bakal menantunya merantau ke pelosok tempat. Tanpa mereka sedar, penjelajahan itu bukan sekadar misi jemputan ke kenduri kahwin, sebaliknya perjalanan mereka mengenal diri dan satu sama lain.

the journey

The Journey masih ditayangkan di pawagam seluruh negara dan bakal memasuki tayangan di Singapura pada bulan Mac depan. Filem ini juga bakal diedarkan di Taiwan dalam tahun ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.