Isu cerai membabitkan Adam (AF2) dan Fiza (Elite) sudah berlarutan agak lama. Namun sebelum ini mereka masing-masing menafikan gosip yang tersebar. Termasuklah yang terbaru, ada dakwaan mengatakan Fiza menfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Akhirnya menerusi laporan Harian Metro hari ini, segala persoalan mengenai dakwaan itu disahkan benar. Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan. Kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

adam af2 dan fiza elite

Bagaimanapun cubaan akhbar berkenaan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan Fiza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing. Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak. Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.