Ini satu lagi kes yang kecoh di media sosial. Berkenaan isu tudung Fareeda dan rampasan tudung tiruan jenama berkenaan. Ramai yang mengecam tindakan ‘kejam’ itu yang beranggapan memusnahkan peniaga kecil. Selain itu ramai juga yang memberi pandangan dan teguran berhubung isu tudung Fareeda yang mahal dan tidak menutupi bahagian dada.

Oleh itu, pihak tudung Fareeda termasuklah Fizo Omar yang merupakan suami kepada Mawar telah memberi kenyataan balas berhubung isu tersebut. Namun begitu, kenyataan dari mereka juga dianggap melampau dan tidak matang. Ini kerana kenyataan seperti  ‘JIKA INGIN BERFESYEN, TENGOKLAH KEMAMPUAN DIRI’ seolah-olah menghina mereka yang tidak mampu membeli tudung Fareeda yang mahal.

fizo dan mawar

Maka, ramai yang menghentam mengatakan pihak tudung Fareeda begitu sombong dan bongkak dengan kejayaan yang dikecapi mereka. Timbullah pula cerita mahu memboikot tudung Fareeda untuk beri pengajaran.

fizo omar mohon maaf

Bagaimanapun menerusi laman Facebook miliknya, Fizo Omar tampil dengan kenyataan mohon maaf diatas kesilapan yang telah berlaku. Kenyataan maaf itu seolah-olah untuk meredakan kemarahan pengguna-pengguna laman sosial sejak dua hari lepas. Menurut Fizo, dia menerima setiap teguran peminat yang berniat baik untuk memperbaiki kelemahan sedia ada.

p/s: Baguslah kalau dah mohon maaf. Namun sebenarnya, maaf atau tidak sama sahaja, sepanjang isu ini berlarutan, butik Fareeda semakin meriah. Selain itu, fanpage Fareeda juga semakin meningkat. Dengan bilangan LIKE dan TALKING yang semakin menaik, isu ini sebenarnya memberi manfaat juga kepada pengusaha Fareeda. Adakah kontroversi ini sebenarnya strategi pemasaran dari Fareeda? Hanya mereka yang tahu…. huhu


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.