Fizz Fairuz Mangsa Penipuan – Suami Azlyn Massiela | Rentetan dari pelbagai kutukan dan kecaman terhadap tindakan Fizz Fairuz memutuskan pertunangan dan memohon maaf untuk kembali pada bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon, Almy Nadia, akhirnya orang yang mendakwa dirinya suami Azlyn Massiela (tunang Fizz Fairuz) tampil memberikan penjelasan.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro, suami Azlyn Massiela Mohd Nazar memohon masyarakat supaya tidak menyalahkan Fizz Fairuz kerana dia “mangsa penganiayaan dan penipuan”. Malah dia sendiri tidak meletakkan kesalahan itu ke atas pelakon tersebut.

fizz fairuz bertunang dengan azlyn malleisa

Selain mendakwa isterinya ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan, lelaki tersebut yang menggelarkan dirinya Ramli (bukan nama sebenar), menjelaskan bahawa keputusan Azlyn untuk bertunang dengan Fizz kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian daripada suami.

Ramli telah berkahwin dengan Azlyn beberapa tahun lalu di selatan Thailand tanpa terlebih dahulu memaklumkan isteri pertama dan keluarga Azlyn. Disebabkan bimbang isteri pertama dapat tahu tentang pernikahan mereka, Ramli hanya berjumpa dengan Azlyn beberapa kali dalam sebulan.

Alamak, jadi bagaimana pula dengan dakwaan dari Azlyn Massiela sendiri yang mengatakan dia tidak pernah berkahwin dengan sesiapa? —> Nantikan kenyataan dari Azlyn Massiela pula yang mendakwa Fizz Fairuz bohong!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.