Fizz Fairuz Putus Tunang, Mohon Maaf Pada Almy Nadia | Sebelum ini hebah mengenai berita pertunangan Fizz Fairuz dan wanita dikenali dengan nama Azlyn Massiela. Ini kerana Fizz Fairuz sebelum itu bercinta dengan Almy Nadia. Bukan sekejap, bahkan sudah 7 tahun. Bagaimanapun menerusi laporan Harian Metro, diberitakan Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela sudah putus tunang. Ianya selepas 10 hari mereka bertunang.

Laporan itu juga ada menyebut Fizz Fairuz mohon maaf pada bekas kekasihnya, Almy Nadia dan dia menjelaskan dia berasa tertipu dengan tunangnya itu. Ini kerana Azlyn Massiela dikatakan adalah isteri orang.

fizz fairuz dan almy nadia

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu”

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.”


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.