Resam dunia selebriti sememangnya tidak boleh lari daripada jadi bahan kritikan peminat. Apatah lagi di zaman serba moden ini. Semua maklumat di hujung jari sahaja. Artis pun senang untuk berkongsi apa sahaja berita dan gambar terkini mereka dengan peminat. Namun kalau tersalah kongsi, maka kutukan dan cacianlah bakal jadi habuan selebriti berkenaan.

Bagi Shila Amzah, beliau antara selebriti yang senang untuk berkongsi apa sahaja dengan peminatnya. Menerusi laman Instagramnya, Shila selalu memuat naik gambarnya yang terkini untuk tatapan peminatnya sekalian. Shila juga tidak lari jadi bahan kritikan kerana sebelum ini beliau pernah menjadi mangsa akibat memuat naik sekeping gambar dirinya memakai pakaian sukan hingga menampakkan susuh tubuh badan.

gambar baju ketat shila amzah

komen peminat shila amzah di instagram

Terbaru, Shila sekali lagi ditegur peminat yang kurang gemar melihat penyanyi kesayanangan mereka itu berpakaian agak ketat dan berkongsi foto-foto tersebut di Instagram walaupun sudah berhijab. Bagi mereka pakaian berkenaan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dan agak mendedahkan. Namun dalam bab mengkritik ada juga yang keterlaluan dan langsung tidak sopan.

Shila bagaimanapun dilihat enggan memberi respon kepada kritikan yang diterima. Mungkin kerana tidak mahu dianggap selebriti yang cepat melatah. Atau mungkin juga dia menerima kritikan berkenaan kerana ada antaranya untuk kebaikan dirinya juga.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.