Ini yang ammboi katakan musim artis kahwin dan bertunang ni. Lepas seorang-seorang yang jalan. Kira ok la kan. Daripada membuat perkara yang salah di sisi agama tu inilah jalan yang paling baik. Namun, dalam kesibukan artis lain bertunang atau kahwin tu ada juga yang ambil kesempatan reka cerita palsu pula. Kononnya Fouziah Ghous pula yang bakal bertunang pada Jun 2012 ini.

Namun demikian, berita itu telah disangkal sama sekali oleh Fouziah Ghous. Katanya, beliau sendiri tidak tahu bila beliau akan bertunang dan beliau begitu rasakan orang yang menyebarkan ceritanya itu cukup hebat apabila tahu tarikh bila beliau akan bertunang. Beliau juga rasa terkilan dengan sebuah ruangan gosip yang menyebarkan cerita itu tanpa usul periksa.

Apapun tak apalah kalau itu cuma cerita palsu. Fouziah Ghous sendiri pun sedia umumkan sendiri jika beliau sudah bersedia untuk bertunang atau berkahwin. Semoga beliau segera bertemu jodoh ler yer. Amin.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.