Pertunangan pelakon Fouziah Gous atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 30, dengan Md Zhafran Md Yusof, 30, pada 1 Jun yang lepas telah membuatkan sahabat karibnya yang juga pelakon, Iqram Dinzly makan hati dan terkilan? Kenapa agaknya yer? Jom baca penjelasan Iqram Dinzly dibawah:

Jelas Iqram Dinzly dalam laporan mStar Online, dia mengakui terkejut apabila mendapat tahu teman karibnya iaitu Fouziah Gous bertunang kerana tidak pernah mengetahui aktres itu sebenarnya mempunyai kekasih hati. Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, berkata, dia lebih terkilan apabila berita pertunangan itu diketahui menerusi laporan media selain hanya dimaklumkan kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung. Sejak pertunangan itu, dia dan Fouziah tidak lagi berhubung.

iqram dinzly dan fouziah gous

“Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya. Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah. Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam,” katanya dipetik mStar Online.

Bagaimanapun Iqram berharap, kenyataannya itu tidak memberi persepsi negatif kononnya dia tidak gembira dengan pertunangan aktres itu.

“Saya tengok, majlis pertunangan mereka sangat meriah. Jadi saya harap perhubungan suami-isteri yang bakal disatukan nanti juga akan meriah dan kekal sehingga akhir hayat. Apa yang telah berlaku ini juga membuatkan saya berasa syukur, Alhamdulillah,” ujarnya.

gambar majlis pertunangan fouziah gous dan zhafran

Dalam pada itu, Iqram turut menafikan dakwaan yang kononnya dia makan hati dengan pertunangan Fouziah sehingga membuatkan berat badannya turun mendadak.

“Rasa nak tergelak pun ada apabila orang cakap begitu. Mana ada, berat saya susut sebab terlalu sibuk bekerja. Pada Februari lalu, selama dua bulan saya menjalani penggambaran drama berjudul Kes 253 di Singapura. Mungkin kerana itu juga membuatkan berat saya turun,” tuturnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.