Sebelum ini seorang gadis menjadi viral di jaluran media sosial kerana dikatakan memiliki raut wajah iras pelakon Fattah Amin. Terbaru, seorang lagi remaja perempuan, Pyka menjadi viral bila wajahnya turut disamakan dengan penyanyi, Aiman Tino.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Pyka atau nama penuhnya, Nur Syafiqah Abdul Rahman memberitahu, sejujurnya dia tidak pernah menyangka wajahnya akan menjadi viral dan disamakan dengan Aiman Tino.

“Ketika wajah saya viral tu, saya berada di kedai makan. Terkejut kerana tiba-tiba ramai kawan yang hubungi dan tidak kurang yang memberi mesej kepada saya, mengatakan wajah saya sudah banyak tersiar di media sosial. Kata mereka, dah jadi viral sebab wajah saya mirip Aiman Tino,” kata anak ketiga daripada lima beradik ini.

Ditanya apakah perasaannya ketika namanya menjadi sebutan oleh pengguna media sosial di negara ini, gadis berusia 18 tahun ini menjelaskan, pada mulanya dia memuat naik gambar sendiri di Twitter.

“Tak sangka pula ada yang share lalu dikatakan sebagai ‘Aiman Tino Versi Perempuan‘. Saya tak tahu nak cakap apa. Rasa kelakar pun ada juga. Yelah, wajah kita disamakan dengan selebriti. Lelaki pula tu,” seloroh Pyka yang kini sudah pun mempunyai lebih 18 ribu pengikut di dalam Instagram.

Sebelum ini, Pyka memberitahu, pengikutnya di laman IG hanyalah sekitar 4 ribu saja. Penangan berita viral itu, bilangan follower semakin hari semakin bertambah.

“Bila ramai follow, pasti akan ada yang tidak suka. Malah saya turut diejek dengan pelbagai kata melampau. Pada peringkat awal, rasa down juga kerana sebelum ini saya tidak pernah ada pengalaman menjadi perhatian.

“Tetapi mujurlah, yang menyokong lebih ramai daripada yang tidak suka. Alhamdulillah, sekarang situasinya lebih baik. Cuma ada ketikanya rasa tidak selesa kerana saya membantu ibu di kedai makan kami, Nasi Ayam Kak Mala di Temerloh, Pahang.

“Ada juga yang datang ke kedai untuk bergambar. Malah bapa saya pun pada mulanya tidak berapa gemar dengan keadaan tersebut. Namun selepas diterangkan ibu apa yang berlaku, dia mulai memahami,” katanya yang ‘OK’ saja apabila dikatakan seiras dengan penyanyi itu.

“Cuma bila pengikut kian meningkat ini, ada juga peniaga atas talian yang meminta saya untuk membuat IG Riview. Kiranya itulah antara impak positif yang saya terima apabila menjadi viral,” akhiri Pyka yang sebelum ini turut aktif dalam perniagaan tudung secara online.

Wah, tak pasal-pasal pengikut IG bertambah. Rezekilah tu. Gunakanlah dengan sebaiknya. Bukan senang nak dapat pengikut seramai itu kan?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.