Gagal Pertahankan Anugerah, Aaron Aziz Terkilan Ke? | Nampaknya cerita mengenai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 masih belum habis. Kali ini berkenaan penyandang gelaran Bintang Paling Popular 2011, iaitu Aaron Aziz. Kononnya, Aaron terkilan kerana tidak berjaya mempertahankan kategori berkenaan dan melepaskannya kepada Shaheizy Sam?

Oh tidak, jangan salah faham. Aaron Aziz bukan terkilan kerana tidak berjaya mendapatkan trofi berkenaan. Sebenarnya dia terkilan, kerana buatkan peminatnya bersedih diatas kegagalannya itu sahaja.

“Sebelum keputusan diumumkan lagi saya sudah dapat rasakan kemenangan itu akan berpihak kepada Sam. Saya katakan demikian berdasarkan banyak produk yang dihasilkannya sepanjang tahun lalu. Jadi Sam memang layak untuk menang. Manakala produk saya tahun ini tidak banyak. Mungkin jika filem Lari yang saya lakonkan keluar lebih awal, harapan untuk menang itu ada kerana filem itu bagus. Begitupun, saya tidak berasa kecewa. Sekurang-kurangnya saya tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.”

aaron aziz abpbh2012

Kata bapa kepada tiga cahaya mata ini, cerita kegagalannya mempertahankan anugerah tidak perlu diperbesarkan kerana ia ibarat roda yang berputar.

“Tahun lalu, ketika saya memang anugerah Bintang Paling Popular, Sam tidak menang apa-apa. Waktu itu, ramai peminat tahu filem Ombak Rindu berjaya mencetuskan fenomena. Jadi tahun ini, produk Sam lebih menonjol. Saya menang kategori TV ini pun disebabkan populariti drama Adam & Hawa yang memang diminati ramai,” ujarnya.

Mengenai kontroversi kemenangannya tahun lalu yang menjadi bahan pertikaian hanya kerana isu kewarganegaraan. Justeru, apabila trofi itu berpindah ke tangan orang lain, adakah perkara itu melegakan Aaron? Maklumlah, sekurang-kurangnya dia tidak perlu berdepan dengan kontroversi yang menyesakkan kepala.

“Saya tak kisah sangat mengenai kontroversi terbabit. Bagi saya, kemenangan diberikan oleh peminat dan sewajarnya saya menghargainya. Soal kesan daripada kemenangan itu, saya tolak ketepi. Apapun, terkilan juga apabila peminat saya berkata, mereka sedih apabila saya tidak menang tahun ini. Sebagai artis, kalau boleh saya tak mahu peminat saya kecewa. Saya tahu mereka sudah buat yang terbaik. Namun, memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular juga sudah memadai. Sekurang-kurangnya usaha mereka mengundi saya berbaloi,” katanya dalam laporan BH Online.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.