Melampau betul! Siapalah yang buat berita palsu nih? Sampai hati betul. Tak habis-habis nak sebar berita palsu. Sampaikan gajah pun diorang nak fitnah jugak.

Gajah serang pengguna Jalan Jeli – Gerik adalah berita palsu – Menerusi media sosial hari ini kecoh dengan penyebaran berita dan gambar insiden gajah menyerang lima hingga enam kereta di Jalan Jeli-Gerik sehingga ia mejadi viral.

GAJAH SERANG PENGGUNA JALAN JELI - GERIK ADALAH BERITA PALSU

Bagaimanapun, menerusi laporan myMetro, Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

GAJAH SERANG PENGGUNA JALAN JELI - GERIK ADALAH BERITA PALSU 2

Jelasnya, tiada insiden gajah menyerang sebagaimana yang disebarkan. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya khabar angin dan menyebarkan maklumat tidak tepat apatah lagi ketika ramai penduduk dari Kelantan menggunakan laluan itu untuk pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri.

Jurucakap PERHILITAN negeri Kelantan pula berkata, pihaknya juga tidak dimaklumkan berhubung sebarang kejadian itu.

GAJAH SERANG PENGGUNA JALAN JELI - GERIK ADALAH BERITA PALSU 1

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman menyangkal dakwaan mengenai amukan gajah itu.

Jelasnya, kes kemalangan jalan raya yang disebarkan berlaku pada Aidilfitri kedua disebabkan jalan licin akibat hujan di kawasan berkenaan. Tiada kaitan dengan gajah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.