Skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan, akan dibahagikan kepada tiga peringkat, bergantung kepada pendapatan bulanan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, akan terus menikmati subsidi bahan api manakala yang berpendapatan melepasi RM10,000, tidak layak.

gaji lebih rm10,000 tidak layak terima subsidi

Beliau berkata, mekanismenya masih dikaji secara terperinci oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Tahap pertama (pendapatan individu kurang RM5,000) akan memperoleh sokongan subsidi 100 peratus, peringkat kedua bagi yang berpendapatan rendah hingga pertengahan, akan menikmati sebahagian subsidi manakala peringkat ketiga (mereka yang berpendapatan melebihi RM10,000) tidak diberikan subsidi.

“Pelaksanaannya akan berasaskan kepada gaji individu, tidak seperti BR1M yang berasaskan kepada pendapatan isi rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam Bank Rakyat 2014 (IIBC 2014) di sini hari ini.

subsidi petrol 2015

Mengenai kaedah pemantauan oleh kerajaan, beliau berkata, hak ke atas setiap kereta akan berasaskan kepada pemilik berdaftar kenderaan berkenaan.

“Sebuah badan khas untuk mengesahkan hak serta memantau pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi akan dibentuk,” katanya.

Persidangan dua hari IIBC 2014, bermula hari ini, dijayakan oleh Bank Rakyat sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 bank itu. [Sinar Harian]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.