Pada 30 April lepas, Perdana Menteri ada mengumukan mengenai Perlaksanaan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta antara RM800 – RM900 mengikut kawasan. Ianya ternyata mendapat banyak komen baik positif mahupun negatif namun itu bukan isu utama disini. Cuma mengenai bila ia akan dilaksanakan? Adakah semua pihak (syarikat swasta) bersedia kearah berkenaan?

Menurut laporan, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menjangkakan gaji minimum hanya akan dapat dilaksanakan awal Januari 2013 – mengambil kira tempoh enam bulan bakal diberikan oleh kerajaan kepada para majikan.

Ia mengambil kira pelbagai faktor termasuk kesediaan pihak majikan, pihaknya menjangkakan bahawa paling cepat gaji minimum hanya dapat dilaksanakan Januari depan.

Katanya majikan memerlukan masa untuk membuat persediaan ke arah itu. MEF juga menolak kemungkinan sesetengah majikan akan melaksanakan gaji minimum lebih awal jika perintah berkaitan diwartakan dalam waktu terdekat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.