Fuh, rupanya dah 10 tahun pasangan selebriti ini bergelar suami isteri. Namun hubungan antara mereka nampak kekal romantik macam pasangan baru bercinta. Apa agaknya rahsia dan petua aktor popular ini agaknya. Menerusi laman Instagramnya, Aaron Aziz ada memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan dia dan isterinya sedang menikmati keindahan Pulau Maldives sambil meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-sepuluh.

Aaron Aziz dan Isteri Bulan Madu Di Maldives 2

Bagi percutian kali ini, Aaron dan Diyana tidak membawa anak-anak mereka sebaliknya ditemani oleh beberapa orang kenalan rapat. Untuk pengetahuan anda, pasangan ini telah berkahwin pada 2 Ogos 2003 dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Aaron Aziz dan Isteri Bulan Madu Di Maldives 5

Bagi peminat-peminat Aaron Aziz, ammboi ada sertakan beberapa keping lagi foto romantis pasangan ini untuk tatapan anda. Semoga anda terhibur melihat kebahagiaan Aaron dan Diyana di kepulauan Maldives.

Sumber: Instagram Aaron Aziz via OhBulan


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.