Nampak seperti filem Fast and Furious 7 bakal meneruskan penggambarannya sekira adik kepada Paul Walker yang terbunuh dalam kemalangan tragik pada 30 November 2013 lalu, iaitu Cody Walker bersetuju untuk menggantikan mendiang dalam filem itu. Berdasarkan sumber berita, keputusan kini terletak pada Cody samada untuk bersetuju atau tidak.

Cody, 25, yang bekerja sebagai pelakon lagak ngeri diminta membantu menamatkan penggambaran filem arahan James Wan itu sebagai tanda penghormatan produksi terhadap abangnya, Paul Walker. Universal Pictures selaku penerbit menghentikan penggambaran yang bermula September lalu sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit, namun kemudian mengolah semula skrip terutama bahagian membabitkan watak Walker, Brian O’Conner.

cody walker and paul walker

“Pihak penerbitan membincangkan hal tawaran ini ketika mesyuarat panjang selepas kematian Paul. Mereka sedar, seseorang perlu menghabiskan pembikinan filem ini dan individu paling tepat ialah saudara terdekatnya yang mempunyai wajah seiras. Mereka mengambil gambar dari belakang pada jarak jauh. Andai mereka memerlukan wajah Paul, teknik CGI boleh digunakan kemudian. Bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diperhalusi sebelum hasrat ini direalisasikan,” kata sumber.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.