Kecoh semalam apabila tersebarnya sekeping gambar menerusi satu akaun Twitter yang memaparkan sepasangan remaja sedang ‘melepaskan rindu’ di dalam tandas sebuah stesen minyak Petronas. Gambar berkenaan kemudiannya menjadi viral di media sosial dan mendapat cemuhan serta kutukan ramai.

Ekoran kecaman yang diterima pelbagai pihak, akaun berkenaan telah digantung oleh pihak Twitter. Namun gambar berkenaan terus tersebar dengan cepat dan menjadi antara kisah paling meletup di pelbagai laman sosial lain.

nauzubillah-3

Menerusi laporan media hari ini, muncul pula sebuah salinan laporan polis yang dipercayai dibuat oleh gadis berkenaan untuk menghentikan penyebaran gambar tidak senonoh itu.

laporan-polis1

Pada 30/3/2014 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa saya berada di rumah saya di Puchong Prima, kawan-kawan saya telah memberitahu berkenaan gambar-gambar #lucah saya bersama teman lelaki telah tersebar dalam laman sosial iaitu Tweeter tertera nama saya . Tetapi saya bukan pemilik akaun tersebut dan saya telah melihat akaun tersebut ternyata semua gambar-gambar adalah milik saya. Dalam Facebook juga telah tersebar gambar-gambar saya bersama teman lelaki untuk mengaibkan diri dan teman lelaki saya serta menjadi tontonan pengguna Facebook yang lain. Untuk makluman saya syak perbuatan itu dilakukan oleh skandal teman lelaki saya yang dikenali dengan nama Y************.

Tujuan saya membuat report untuk menghentikan dan menyekat pemilik akaun palsu supaya tidak menyebarkan gambar-gambar #lucah saya bersama teman lelaki dan untuk rujukan pihak yang berkenaan.

Mungkin selepas ini pihak pengusaha stesen minyak perlu memantau tandas premis mereka. Jika boleh, kuncikan sahaja di waktu malam. Dan hanya buka jika ada permintaan pelanggan untuk menggunakan bagi mengelakkan ia disalah guna sebagaimana kes diatas.

Sumber asal: Terengganu Today


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.