Gambar Azizulhasni Awang Cedera Jatuh Ketika Acara Pecut di Jerman | Kemalangan di Jerman tak jejas semangat juang Azizulhasni. Kecederaannya tidak serius dan kini sudah mendaftar masuk di Perkampungan Sukan di London bersama skuad berbasikal negara. Azizulhasni yang diberi rehat semalam akan menyambung sesi latihan penuh bersama dua lagi pelumba trek negara – Josiah Ng dan Fatehah Mustapa di velodrom itu hari ini.

“Saya baik saja dan saya adalah ‘hero’.” Demikian kata jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang yang juga sandaran pingat negara di Sukan Olimpik London selepas kemalangan ketika menyertai acara pecut di Cologne, Jerman, kelmarin.

Dia yang digelar ‘The Pocketrocketman’ berterima kasih dengan semua ucapan semangat dan doa rakyat Malaysia yang bakal menjadi pemangkin kepadanya pada temasya kali ini. Beliau bakal memulakan saingan acara trek dari 4 hingga 6 Ogos 2012 ini di Velopark London.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad, berkata tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana Azizulhasni hanya mengalami cedera ringan dan selumbar yang tertusuk di tangan dan paha kanan pelumba itu sudah dikeluarkan. Katanya ada lebih kurang 60 selumbar telah dikeluarkan dan dibersihkan daripada tangan dan paha Azizulhasni. Kecederaan ini tidak serius, berbanding yang berlaku kepadanya pada Piala Dunia tahun lalu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.