Gambar Bekas Isteri Redza – Suami Irma Hasmie Duda | Baru-baru ini kecoh mengenai status suami Irma Hasmie, Redza Syah yang dikatakan duda iaitu pernah berkahwin sebelum ini. Pada mulanya khabar angin berkenaan dinafikan oleh keluarga Irma Hasmie namun setelah tersebarnya gambar pernikahan Redza dan bekas isterinya Farah Diana akhirnya semuanya terjawab.

Namun demikian, apa masalahnya sampai heboh satu Malaysia mengenai status duda. Bukannya salah pun jika Irma Hasmie bernikah dengan beliau. Nak kata perampas pun tidak. Duda ni maknanya solo dan Irma juga solo. Dipercayai, ibu Irma Hasmie sendiri mengetahui status menantunya seorang duda. Bagaimana pun, tidak diketahui bilakah tarikh sebenar Redza melangsungkan perkahwinan dengan Farah Diana.

Walaubagaimanapun, semoga pasangan pengantin baru Irma Hasmie dan Redza Syah ini akan terus kekal bahagia selamanya hingga ke akhir hayat tanpa adanya gangguan lagi dari anasir-anasir luar yang senantiasa menunggu peluang untuk mendapatkan cerita panas. Dipercayai ketika ini Redza dan Irma sedang berbulan madu di Australia.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.