Tindakan seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia.

Gambar budak tumpang cahaya lampu McDonald untuk belajar jadi viral – Dalam gambar yang menjadi viral itu, kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut kelihatan belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam.

GAMBAR BUDAK TUMPANG CAHAYA LAMPU MCDONALD UNTUK BELAJAR JADI VIRAL 3

Memetik sumber mStar Online, difahamkan, kanak-kanak berkenaan terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya musnah dalam kebakaran.

GAMBAR BUDAK TUMPANG CAHAYA LAMPU MCDONALD UNTUK BELAJAR JADI VIRAL 1

Menurut sumber info itu lagi, kanaK-kanak itu, Daniel Cabrera tidak sedar ketika gambarnya dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca.

GAMBAR BUDAK TUMPANG CAHAYA LAMPU MCDONALD UNTUK BELAJAR JADI VIRAL 2

Joyce berkata, “pada saya yang juga seorang pelajar, dia telah membuatkan saya begitu tersentuh. Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar.”

Daniel yang kemudiannya diburu media negara berkenaan mendedahkan, dia akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.