Tiba-tiba sahaja media sosial kecoh apabila tersebarnya berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober depan. Apatah lagi gambar bakal isteri iaitu gadis pilihan baginda turut tersebar luas. Namun begitu sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi daripada baginda mahupun pihak istana.

Memetik sumber Berita Harian, ia berikutan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja, yang diadakan semalam yang turut terbesar di laman sosial. Surat edaran itu turut menyatakan nama bakal isteri baginda, Cik Khaleeda Bustaman berasal dari Gombak, Selangor.

Desas-desus mengenai perkahwinan Diraja itu sudah tersebar sejak beberapa bulan lalu tetapi setakat ini tiada pengesahan mengenainya sehingga semalam apabila surat mengenai mesyuarat itu tersebar. Tunku Ismail, 30, dikatakan mula berkenalan dengan Cik Khaleeda, berusia lingkungan 20-an sejak tahun lalu.

cik khaleeda bustaman bakal isteri tunku mahkota johor tmj

Baginda dikatakan pernah membawa Cik Khaleeda yang masih menuntut di sebuah universiti, dalam majlis rasmi yang turut dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Bagaimanapun Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang dihubungi mengenai perkara itu enggan mengulas dan meminta menunggu pengumuman rasmi.

p/s: Info masih tak rasmi. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya. Kalaulah benar, tahniah buat Tunku Mahkota Johor…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.