Wah, mengancam sungguh melihat Toyota Vios 2013 ini. Rekabentuk yang cukup menarik dan sudah tentu bakal membuatkan golongan muda bertambah minat untuk memilikinya. Jadi tidak hairanlah sekiranya lebih 8,000 unit Vios baru telah ditempah sejak ia dibuka Julai lalu.

toyota vios baru 2013-2

Paling menarik, harga yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd juga amat kompetitif. Berdasarkan sumber laman web Toyota-Vios, harga untuk Vios 2013 bermula dari RM73,200 untuk versi 1.5J(MT) manakala paling mahal adalah untuk versi 1.5TRD SPORTIVO(AT) berharga RM93,200. Bayaran ansuran bulanan 9 tahun (3% annual interest rate) untuk versi 1.5J(MT) selepas 10% deposit adalah RM774.70 sebulan.

harga toyota vios 2013

Senarai Penuh Harga Toyota Vios Baru 2013

Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT) – RM93,200.00

Toyota Vios 1.5 G (AT)– RM88,500

Toyota Vios 1.5 E (AT)– RM82,900

Toyota Vios 1.5 J (AT)– RM77,300

Toyota Vios 1.5 J (MT) – RM73,200

Dibawah ammboi sertakan beberapa gambar Toyota Vios baru 2013 untuk tatapan anda. Abaikan sementara untuk yang baju kuning tu. 🙂

toyota vios 2013

vios2013

Selain itu, jika anda berminat dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Toyota Vios 2013 anda boleh berkunjung ke laman web Toyota Malaysia.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.