Pernah dengar cerita dari beberapa kenalan mengenai pengalaman mereka berpuasa di luar negara (Ammboi belum ada rezeki lagi). Memang ada suka dan duka. Suka sebab berada di luar negara, dan yang dukanya pula memang susah nak cari makan kat sana. Makanan yang macam masakan di negara kita agaknya. Yela, kalau di Italy mungkin susah nak cari air cendol (rasanya bukan mungkin lagi kot, kalau kat Jerman belum tentu jumpa nasi lemak dan sebagainya. 

Penyanyi, pelakon, penceramah dan juga Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim 1, Dato’ Fazley Yaakob telah berangkat ke Perancis untuk menyambung pengajiannya sebagai pelajar semester akhir dalam jurusan French Pastry di institut Le Cordon Bleu.

Untuk pengetahuan umum, Dato’ Fazley telah menghabiskan semester pertama dan keduanya terlebih dahulu di Le Cordon Bleu cawangan Sunway dan telah diangkat sebagai pelajar terbaik institut itu. Selain itu, Dato’ Fazley juga telah dilantik menjadi duta institut seni kulinari antarabangsa, Le Cordon Bleu sejak bulan Mei yang lepas.

Walaupun berada di Perancis, agaknya Dato’ Fazley mungkin tiada masalah untuk memasak disana kan. Jom lihat apakah menu sahur Dato’ Fazley pada hari pertama beliau berpuasa di Paris dibawah:

gambar dato fazley berpuasa di paris

gambar dato fazley berpuasa di paris 3

Fuh, siap masak nasi lemak tu. Dato’ Fazley siap sempat berkongsi resepi dengan pengikutnya di Instagram untuk memasak hidangan yang dinikmatinya sewaktu bersahur. Kalau ammboi la, nasi tu boleh masak, tapi dengan telur dadar atau telur mata jela. Yang ikan bilis tu goreng jer kasi garing. Lain-lain kirim salamlah nak buat. Hihi. Semoga Dato’ Fazley berjaya disana.

Kredit: Instagram Dato’ Fazley via Ohbulan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.