Fasha Sandha antara selebriti yang suka dan selalu berkongsi gambar menariknya menerusi laman Instagram. Ada antara gambarnya mendapat pujian, dan ada juga yang mendapat kritikan ramai. Namun semua itu tidak penting bagi Fasha kerana mungkin beliau mengambil sikap terbuka terhadap komen-komen yang ditujukan kepadanya. Terbaru mengenai gambar percutiannya ke Singapura bersama Rayfal dan Rayqal.

Sebagaimana yang kita sering didedahkan, anak tiri biasanya kurang mendapat perhatian dari ibu tiri. Namun bukan untuk Fasha Sandha kerana boleh dilihat menerusi gambar-gambar yang dia kongsikan bersama Rayqal, mereka tidak kekok bersama dan Rayqal juga dilihat mesra bersama Fasha.

Oleh itu, tidak hairanlah kalau peminatnya memuji peranan dan sikap keibuan yang dimiliki Fasha (mereka yang follow Instagram Fasha sudah tentu mengenali selebriti kesayangan mereka ini). Jom lihat beberapa foto percutian Fasha Sadha bersama suami, anak-anak dan keluarganya di Singapura dibawah:

gambar fasha sandha bawa rayfal dan rayqal bercuti di singapura

gambar fasha sandha bawa rayfal dan rayqal bercuti

Pasti ramai peminat Fasha yang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Tahniah Fasha dan Jejai, semoga kekal berbahagia…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.