Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata pihaknya sudah menahan empat suspek termasuk ibu mangsa kanak-kanak dua tahun yang mati dibunuh disebuah rumah kosong di Paka, Dungun, Terengganu.

Suspek utama yang juga teman lelaki ibu mangsa berusia 25 tahun, ditahan di Kuala Paka jam 3.30 petang semalam. Susulan penahanan ibu mangsa juga, pihak polis mendapat tahu laporan yang dibuat mengenai kehilangan anaknya sebelum ini adalah palsu dan wanita itu mendakwa dia dipaksa berbohong oleh suspek utama.

ibu mangsa bunuh

Asisten Komisioner K Manoharan juga berkata, ketika ditahan, semua suspek dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah. Pihak polis percaya semua suspek termasuk ibu mangsa terbabit dengan dadah dan turut menjadi pengedar secara kecil-kecilan.

Dibawah adalah gambar teman lelaki ibu mangsa. Ammboi mohon maaf kerana terpaksa blur gambarnya dan tidak sokong kenyataan orang yang upload gambar di di Facebook sebagaimana dibawah. Sebab beliau ditangkap sebagai suspek sahaja.

suspek kes bunuh budak 2 tahun di paka dungun terengganu

“Pembunuh kanak2 2tahun Yg di rogol telah pon tangkap! Dibawa ke hospital Utk Ukur anu sebagai bahan bukti.. Hopefully dpt balasan Yg setimpal ke tali gantung.. Maaf bkn Utk mengaibkn “Mamat” ni.. Tp Aku sgt geram Kalo ye pon sbb dadah & hutang Jgn la pertaruhkan nyawa manusia! Haaaaa! Kau geram Aku!” – Petikan sumber FB.

p/s: Semoga siasatan polis berjalan lancar dan pembunuh Nursyafikah dikenakan hukuman yang setimpal…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.