Apa yang menarik mengenai iPhone 7 Plus! Sebagaimana yang peminat peranti Apple maklum, bahawa syarikat gergasi berkenaan dalam persiapan untuk melancarkan model terbaru iPhone mereka tidak lama lagi. Untuk peringkat awal, Apple akan melancarkan terlebih dahulu iPhone SE pada 21 Mac 2016 ini.

GAMBAR iPHONE 7 PLUS DENGAN KAMERA BERKEMBAR TERSEBAR 1

iPhone 5 SE mungkin adalah model pengganti kepada iPhone 5S yang telah dipertingkatkan dengan menggunakan saiz skrin yang sama iaitu sebesar 4 inci. iPhone 5SE dihasilkan kerana masih ramai peminat Apple mahukan peranti yang bersaiz kecil kerana lebih mudah digunakan dengan sebelah tangan.

Namun begitu, apa yang paling mengujakan peminat peranti jenama berkenaan bukanlah mengenai pelancaran iPhone 5 SE sebaliknya mereka sebenarnya tidak sabar menantikan berita mengenai iPhone 7 yang mungkin bakal dilancarkan pada bulan September ini.

Pelbagai khabar angin dan gosip disebarkan mengenai iPhone 7. Yalah, model yang jadi tanda tanya banyak pihak sudah tentu mendapat perhatian ramai. Apa yang mengejutkan adalah iPhone 7 dikatakan bakal hadir dengan kamera berkembar.

Ini kerana beberapa gambar iPhone 7 Plus telah bocor dan tersebar di internet. Ada sumber mendedahkan, dua kamera berkembar mempunyai fungsi yang berlainan. Satu sensor kamera untuk melakukan zoom manakala sebuah lagi kamera untuk mengambil gambar pada jarak dekat dan dilengkapi lensa sudut lebar.

Berdasarkan sumber, jualan model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus menurun dan tidak meyakinkan orang ramai untuk membeli model tersebut. Oleh itu, Apple terpaksa melengkapkan ciri-ciri baru untuk iPhone 7 bagi meningkatkan kembali persaingan mereka.

Menurut sumber info lagi, fungsi ‘dual camera’ ini mungkin hanya akan dilengkapkan untuk model iPhone 7 Plus dengan saiz skrin 5.5 inci sahaja manakala untuk iPhone 7 dengan saiz skrin 4.7 inci ia masih kekal dengan satu kamera.

Bagaimanapun ia masih lagi berstatus khabar angin kerana sehingga kini, pihak Apple masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai apa yang disebarkan.

GAMBAR iPHONE 7 PLUS DENGAN KAMERA BERKEMBAR TERSEBAR 2iPhone 7 Plus dengan Dual Camera kini jadi gosip hangat!!!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.