Dalam perkiraan ammboi, agaknya isteri Ezad, Nor Azeana Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Zeana kini sudah hamil 3 bulan. Sudah tentu mereka berdua sudah tidak sabar menantikan kahadiran cahaya mata sulung itu. Oleh itu, Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat Ezad kerana dia beraya bersama isteri tercinta apatah lagi dengan berita kehamilan isterinya itu.

Walaupun begitu, Ezad berkata dia sedar tidak boleh berhabisan kerana persediaan rapi perlu dilakukan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka nanti. Justeru, dia memilih untuk meraikan Aidilfitri secara sederhana. Ezad juga mengakui perlu bekerja kuat mencari rezeki untuk keluarganya.

ezad exist dan zeana

“Kami perlu lebih utamakan anak kami. Persiapan Aidilfitri lalu hanya sederhana kerana kami lebih menyimpan wang untuk kegunaan anak. Alhamdulillah, saya masih lagi menerima tawaran untuk menyanyi. Boleh dikatakan rezeki saya untuk keluarga tetap ada. Dalam keadaan sekarang saya akan terima apa saja tawaran yang datang. Dulu saya memang tak suka ambil program raya. Sekarang saya terima tawaran yang datang dan lihat secara positif. Saya pun tak pernah demand mengenai harga kerana apa yang datang kepada saya dianggap rezeki,” katanya dipetik dari myMetro.

Ok la tu. Sesiapa pun kena senantiasa kerja kuat demi keluarga. Bagaimanapun jangan sampai abaikan keluarga.

Jom layan beberapa keping lagi foto raya Ezad bersama isterinya, Zeana dibawah.

ezad dan zeana raya 2013

gambar raya ezad exist dan isterinya zeana

Sumber Gambar: myMetro


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.