Seorang wanita terkejut apabila menemui janin lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam laporan myMetro, mayat berkenaan ditemui wanita terbabit ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pada 9.10 pagi.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit dikatakan membuka penutup tangki pam tandas itu selepas mendapati pam gagal berfungsi. Sebaik membuka penutup itu, Wanita terbabit terkejut apabila menjumpai mayat janin dalam keadaan duduk. Wanita berkenaan segera memaklumkan penemuan janin itu kepada kakitangan klinik yang kemudiannya menghubungi polis.

janin dalam tangki tandas klinik kesihatan butterworth

Hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati janin berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan tujuh bulan dengan berat 1.7 kilogram.

p/s: Apa nak jadi. Semakin menjadi-jadi kes seperti ini….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.