Gambar Kereta Johan As’ari dan Nabila Kemalangan | Dah baca ke belum mengenai Johan As’ari meminta agar doakan hubungannya dengan Nabila Huda? Kalau dah baca ok la. Sebab dalam tu ada Johan ceritakan detik cemasnya apabila mengalami kemalangan. Jadi, kali ini ammboi nak kongsikan gambar menunjukkan keadaan kereta pelakon Johan As’ari yang mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke majlis sidang media Anugerah Skrin 2012 pada 17 Oktober lalu.

Turut bersamanya ketika kejadian kemalangan berkenaan adalah Nabila Huda. Katanya, dia dan Nabila sedang dalam perjalanan ke Hartamas untuk mengambil kostum selepas habis sesi fotografi di Shah Alam. Selepas melalui Terowong Penchala di Lebuh Raya Sprint kereta yang dipandunya hilang kawalan disebabkan hujan lebat sehingga berpusing 360 darjah.

Dia bagaimanapun dapat mengelak kereta sebelah kiri tetapi terlanggar kereta sebelah kanan dan menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk. Kebetulan salah seorang wakil (syarikat filem) Grand Brilliance Sdn. Bhd. ada berdekatan untuk membantu mereka semasa kejadian.

Mujurnya mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan. Kereta jer yang remuk. Jangan ‘hati remuk’ sudah. hehe


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.