Gambar Kesan Ciuman Di Pipi Amar Alfian? | Alamak, macam panas pulak isu ini. Namun itulah pendedahan yang dibuat oleh portal hiburan MH Online. Mengenai kesan ciuman yang ada di pipi Amar Alfian. Takkan sampai macam tu sekali kot. Biarpun keintiman Amar Alfian dan Puteri Sarah bukan lagi rahsia, namun adat, budaya dan agama kita tetap membataskan semua itu.

Menurut laporan portal tersebut, ketika Amar Alfian dan Puteri Sarah hadir ke Pertanding Akhir Hero Remaja, baru-baru ini, wartawan berkenaan terkejut melihat pipi Amar yang mempunyai kesan ciuman seperti foto di atas.  Agak pelik sebenarnya kenapa Amar berani tampil dengan keadaan sedemikin. Jika dikatakan tidak perasan adalah mustahil kerana kekasihnya ada di sebelah.

Bagaimanapun, sebelum kita panjangkan cerita ini, rasanya baik dengar dulu penjelasan dari Amar Alfian atau Puteri Sarah sendiri. Mungkin mereka ada jawapan untuk isu ini. Sama-sama kita nantikan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.