(Gambar) Kuala Lumpur Sudah Dilanda Jerebu | Rasa macam berasap jer kat luar rumah. Mulanya ingat biasa jer tapi bila jenguk ke luar rupa-rupanya Kuala Lumpur dah jerebu? Nampak macam teruk juga namun menurut laporan berita hari ini, hanya Muar di Johor kekal catat Indeks Pemcemaran Udara (IPU) kategori ‘sangat tidak sihat’ setakat jam 7 pagi dengan bacaan 276. Manakala sembilan kawasan lain pula mencatat katgori ‘tidak sihat’ iaitu Pasir Gudang (192), Kota Tinggi (191), Bukit Rambai (189), Bandaraya Melaka (176), Larkin Lama (175), Port Dickson (156), Nilai (119), Pelabuhan Klang (118) dan Seremban (106).

Cuba lihat gambar-gambar yang ammboi ambil dari luar rumah. Permandangan ke arah menara Kuala Lumpur dan KLCC juga sudah tidak nampak. Sebelumnya nampak jelas dan terang dari rumah.

Gambar Kuala Lumpur Jerebu 2013

Gambar Sebelum KL Jerebu

Kuala Lumpur Jerebu Jun 2013

Kuala Lumpur Jerebu

Dari atas, gambar sebelum jerebu, dan dibawah adalah gambar terkini. Nampak semakin tidak jelas pemandangan ke KLCC dan selainnya. Begitu juga dengan beberapa gambar diarah pandangan lain. Nampak semakin kelam dengan ‘asap’.

Gambar Sebelum Kuala Lumpur Jerebu 2013

Kuala Lumpur Jerebu 2013

Adakah Kuala Lumpur juga bakal bergelap dengan jerebu? Apapun sama-samalah kita jaga kesihatan. Elakkan berada di luar rumah.

p/s: Segala perancangan untuk jalan-jalan hari ini nampaknya terpaksa dibatalkan….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.