Wah, nampaknya dua adik-beradik pelakon yang semakin popular, Nelydia dan Uqasha Senrose bakal menghiasai muka depan (cover) Majalah Pesona Pengantin edisi Ogos 2o13 nanti. Menerusi majalah berkenaan, Nelydia dan Uqasha bakal menggayakan busana pengantin daripada pereka fesyen terkenal tempatan iaitu Rico Rinaldi dan Rizman Ruzaini, manakala untuk solekan pula mereka telah mendapat sentuhan mekap daripada Baby Elle dan Kelrina Hof.

Pesona-Pengantin-2

Selain itu, terdapat pelbagai isu-isu menarik bakal dikupas oleh majalah Pesona Pengantin untuk edisi kali ini, antaranya adalah ketahui pesona gaya dan glamor edisi istimewa, ikuti koleksi rekaan busana pereka tersohor, pelajari sentuhan mekap artis popular serta ketahui fesyen butik pilihan. Untuk ketahui lebih lanjut topik-topik menarik yang bakal diketengahkan oleh majalah Pesona Pangantin, jangan lupa untuk dapatkannya di pasaran pada bulan hadapan.

Pesona-Pengantin-4

Sebelum itu, apa kata anda layan dulu video dan gambar disebalik tabir sesi fotoshoot Nelydia dan Uqasha bersama majalah berkenaan selepas ini.

Kredit foto dan video: Ohbulan


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.