Tahniah diucapkan kepada penyanyi Farawahida telah pun selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain tepat jam 10.30 pagi tadi dengan hanya sekali lafaz. Farawahida dan Shukor telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.

Memetik sumber berita Media Hiburan, Farawahida menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Selain itu Farawahida juga menerima mas kahwin RM1000 beserta dua bertuk cincin.

Di majlis pernikahan tersebut, Fara kelihatan lebih tenang berbanding suaminya yang mnegalirkan air mata saat sah diijabkabul. Jom lihat beberapa foto sekitar majlis akad nikah Farawahida dan Abdul Shukor dibawah:

farawahida nikah

majlis akad nikah farawahida dan shukor

pernikahan farawahida

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga ikatan yang dibina ini kekal sehingga ke akhir hayat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.